Thursday, December 27, 2012

Never

Never say Never..
Ceh... Terkeluar lagu Justin Bieber
Haha

Anyway,
/hihi

Kalau tak nampak
sila klik untuk lihat
magik

Disebabkan dilanda kebosanan tahap gaban, Rheia pun bukalah fb. Tetiba nampak satu post ni.. Post dia berbunyi........
Ermmmmmmmmmmmmmm
bacalah kat atas, tu je postnyer
:D

Rheia pun tak nak merepek panjang2.. Jadi, baca dan cuba fahami ayat2 tu sendiri..

Assalamu'alaikum

*habis idea dah*

Wednesday, December 26, 2012

Harumnya Anggerik Merpati

Selamat pagi
Morning
Ohayo


Cantik kan? Kenal tak ni pokok apa? Mesti korang tau kan... mungkin ada di antara korang yang ada pokok ni kat rumah... Hihi

Tumbuhan kat atas tu ialah sejenis orkid yang dipanggil sebagai Anggerik Merpati.. Nama Saintifik bagi orkid ni pula adalah Dendrobium Crumenatum. Nama lain pun ada juga antaranya ialah anggerik desa, orkid merpati, sepulih anggerik, sakat harum, daun seputih tulang, bunga angin dan anggerik bawang.

Rheia suka dengan orkid ni sebab bau dia sangat3 harum. Bila orkid ni berbunga waktu pagi, wangi dia memang masuk sampai dalam rumah. Tak perlu lagi sembur penyegar udara.. haha.. memang tak pakai penyegar udara pun. Rumah kat kampung ni terus rasa macam dalam rimba yang dihiasi dengan bunga2 liar yang cantik, wangi pulak tu dan udara pun segar..

Sedihnya orkid ni kembang dan bau wangi sehari je.. Lepas  tu tak da bau dah.. Layu..



Gambar2 kat atas semua ambik dari Encik Google.. Anggerik Merpati kat rumah tak berbunga lagi..
:D

Sampai sini saja... Bagi yang baru bangun cepat2lah sarapan ye, tak baik skip sarapan.
;)

Assalamu'alaikum

*habis idea dah*

Takwim Tahun 2013 IPG

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Pagi ni ada sedikit perkongsian daripada Rheia mengenai takwim amalan profesional tahun 2013 bagi pelatih sepenuh masa IPG. Mudah2an perkongsian Rheia dalam entri ni boleh membantu siswa siswi IPG terutamanya para perantau yang nak beli tiket balik kampung.
:)
Semester 1 Tahun 2013

Praktikum Fasa III bagi PISMP Januari 2010: 
21 Jan 2013-19 April 2013 (12 Minggu)

Praktikum DPLI GSTT:
28 Jan 2013-26 April 2013 (12 Minggu)

Praktikum Fasa I bagi PISMP Jan 2011:
01 April 2013-26 April 2013 (4 Minggu)

PBS 3 bagi PISMP Jan 2012:
18 Mac 2013-22 Mac 2013 (1 Minggu)

PBS 1 bagi PISMP Jan 2013:
01 April 2013-05 April 2013 (1 Minggu)

Semester 2 Tahun 2013

Intership:
01  Julai 2013-26 Julai 2013 (4 Minggu)

Praktikum Fasa II bagi PISMP Jan 2011:
15 Julai 2013-20 Sept 2013 (8 Minggu)

PBS 4 bagi PISMP Jan 2012:
19 Ogos 2013-23 Ogos 2013 (1 Minggu)

PBS 2 bagi PISMP Jan 2013:
19 Ogos 2013-23 Ogos 2013 (1 Minggu)

PBS 1 bagi PISMP GSTT Jun 2013:
19 Ogos 2013-23 Ogos 2013 (1 Minggu)

*Sumber daripada IPG Induk melalui Unit Praktikum IPG Kampus Keningau*

Terima kasih

Breakfast time.. :)

*habis idea dah*

Monday, December 24, 2012

Enjit Enjit Semut

Assalamu'alaikum dan hi semua
Sebenarnya entri Rheia kali ni takda kaitan pun dengan tajuk kat atas tu.. 
:P

lurus kepada titik (direct translation) hihi.. sebenarnya tadi mama bagitau Rheia yang makcik2 sebelah mama ajak panjat gunung.. Gunung kat belakang rumah Rheia, tiap2 hari boleh nampak.. Jap eh.. nak tunjuk gambar..

loading......
loading......
loading......
loading......
loading......
loading......
loading......


Kenal kan gunung ni? Inillah dia Gunung Kinabalu. Rheia tak sabar nak panjat gunung ni dengan mama, adik2, makcik2 dan cousin2 nanti.. Ayah tak nak ikut sebab dah pernah daki masa muda2 dulu..Cuti lepas habis semester depan pasti menyeronokkan. In Shaa Allah. :)

Kepada yang masih lagi bercuti, happy holiday. Cuti dah nak habis..
/floor
Tak nak balik kampus! Tak nak balik kampus!

Mengada pula Rheia.. Hihi..

Siapa yang nak cuba buat keju sendiri kat rumah, sila klik Homemade Cheese
;)

Okay.. sampai ni sajalah untuk pagi ni..

*habis idea dah*

Sunday, December 23, 2012

Segmen: Review Blog By Fateha Halim

Hi3...
/hihi
Salam ahad untuk semua...

Semalam Rheia telah diajak oleh tuan empunya blog untuk join satu segmen seperti yang korang boleh baca tajuk entri kat atas tu.. Rheia ucapkan terima kasih kat Fateha sebab sudi ajak Rheia.. 
Terharu sangat2.. (First time nih...)



Line internet Rheia sekarang ni tengah tak berapa nak laju,
/omg

So, 
Rheia sangat2 recommend korangjoin Segmen: Review Blog By fateha Halim

Sokongan daripada korang amat100000x dihargai..
Apa tunggu lagi.. Jomlah join segmen ni!

Onion head kata 'please and come join this segment'.... (buat muka comel)
/please

Saturday, December 22, 2012

Siapa Kata?

Hai3!! Haha.. ada tak yang nyanyi lagu Mawi masa baca tajuk entri Rheia kat atas tu? Hihi..

Bermulalah kisah.....
Masa tengah baca status2 yang kawan2 share kat fb tadi, Rheia terbaca satu status yang membuatkan Rheia berfikir.. Statusnya berbunyi macam ni:

SIAPA KATA USTAZ tak pernah buat DOSA.
SIAPA KATA PAKAR KAUNSELING tak ada MASALAH.
SIAPA KATA CIKGU tak pernah buat SILAP.
SIAPA KATA CHEF tak pernah masak NASI MENTAH.
SIAPA KATA DOKTOR tak pernah SAKIT.
SIAPA KATA PROFESOR tak pernah kena tipu.

(walaupun PROFESOR serba TAHU)...

INGATLAH bahawa, semua MANUSIA yang HIDUP Di DUNIA ini,

ALLAH berikan KELEBIHAN dan KEKURANGAN masing-masing.

ALLAH berikan KELEBIHAN,

Bukanlah 100% diBERI semua pengeTAHUan.

ALLAH berikan KEKURANGAN,

Bukanlah sehingga ia mengHINAkan.

Terkadang sengaja ALLAH menyulitkan perkara yang kita PAKAR agar kita tidak perlu SOMBONG. AGAR kita sentiasa menjadi HAMBA yαng berSYUKUR kepada-NYA.

Rheia copy&paste je ayat2 kat atas ni...

Mama selalu berpesan, jangan berprasangka buruk.. sebab setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya (yang ni biasa kita dengar)..

Ya, Rheia cuba untuk selalu berfikiran positif tentang setiap kejadian yang berlaku di sekeliling Rheia... 

Kita tak boleh salahkan seseorang itu 100% bila dia buat salah. Biasalah, mula2 kesalahan yang orang buat tu membuatkan kita rasa marah (kalau tak marah bermakna anda seorang yang kuat, tahniah!), tapi dalam masa yang sama cuba fikir kenapa orang tu buat salah... Jangan terus menghukum orang. Selidik dalam2 kenapa dan mengapa orang tu buat salah... mungkin dia ada masalah, atau tersilap buat pertimbangan ataupun memang perangai dia dah macam tu..

Kesimpulannya, sebagai manusia kita tolong2lah bantu sesiapa yang buat silap tu, bukan terus menghukum. Kalaulah ditakdirkan suatu hari nanti kita pula yang buat silap, orang lain pula yang akan bantu dan bimbing kita. Bersyukurlah jika kita diberikan kelebihan yang lebih daripada orang lain tapi jangan pula kita memperlekehkan kelemahan yang mereka ada..  With this kind of thinking, you will be loved by HIM and the people around you..

Last sekali Rheia nak cakap, cuba untuk berfikir seperti yang di atas agar mudah untuk kita pupuk sifat tidak berburuk sangka dalam diri... 

Nota: Sila cepat2 scroll ke atas dan baca ayat2 di atas semula dengan nada yang lembut dan sopan... haha
:D

Marshmallow yang comel

Itu saja perkongsian daripada Rheia malam ni.. Assalamu'alaikum...

*habis idea dah*

Friday, December 21, 2012

I am Sorry

Hari ni Rheia terkejut sebab 'Dia' yang dah lama tak contact dengan Rheia tiba2 mesej kat fb. 

Dia..
Gadis yang melihat pasti tertawan. Seorang yang kacak, kacukan melayu-chinese, pintar, kaya dan selalu speaking sebab dia study TESL.. Pertama kali Rheia nampak Dia ialah masa semester pertama masuk kampu. Masa tu Rheia dengan kawan2 on the way pergi kuliah, terserempak dengan Dia. Dalam hati timbul tanda tanya"budak ni cina ke orang putih?" Sejak hari tu, Rheia dalam diam suka Dia, tapi Rheia tak berani nak cakap dengan sesiapapun hal ni sebab kawan2 Rheia suka cakap lelaki yang 'good-looking' ni tak setia, playboy... apa lagi Rheia pun sokonglah (jangan tiru aksi ini-berprasangka buruk buat hidup tak tenteram)..
kawan2 Rheia juga suka gelarkan dia 'Ashraf Sinclair' (padahal tak sama pun muka diorang).. Konklusinya, waktu itu Rheia anggap lelaki yang hot gitu takkan pernah jatuh cinta kat Rheia dan Rheia memang tak percaya lelaki yang ada rupa.. 

Tapi, suatu hari tu Rheia pergi main Basketball dengan kawan Rheia, kebetulan dia pun ada sekali. Dari hari tu, dia cuba approach Rheia kat fb. Then, disebabkan Rheia selalu diganggu dengan orang2 di fb, Rheia pun delete fb Rheia tu. Sejak hari tu, Rheia ingat dia dah lupa pasal Rheia.

Semester seterusnya, Rheia buka fb baru. Masa minggu sukan, kami dapat rumah sukan yang sama dan Rheia pula jadi pelari pecut untuk rumah sukan kami. Lepas saja minggu sukan habis, Dia add Rheia kat fb dan mesej Rheia. Dia kata dia suka kat Rheia. What??
/shock
Macam lagu 'cinta muka buku' pula kan..
Pendek cerita lagi, Dia sanggup hantar rombongan meminang ke rumah Rheia di Sabah. Huh... Sedangkan Dia orang Kelantan. Rheia sebenarnya nak terima tapi disebabkan ex Dia contact Rheia dan cakap sesuatu yang tak baik tentang Dia, Rheia jadi was2. Rheia akhirnya dengan berat hati ambil keputusan untuk putuskan hubungan dengan Dia.
/no
Sehingga sekarang Dia masih ingatkan Rheia, tapi dah terlambat, Rheia dah terima risikan daripada orang lain. Walaupun tak ada rupa macam Dia, tapi Rheia percayakan tunang Rheia tu.. Kepada Dia, Rheia tahu awak seoarng yang baik, maafkan Rheia sebab terlalu percayakan kata2 orang lain sehingga menjejaskan hubungan kita. I wish you the best..


Panjang pula Rheia mencarut petang ni... Tu sajalah untuk petang ni, kepada budak2 yang dah dapat result PMR hari rabu lepas, tahniah akak ucapkan.. Kepada yang kurang berjaya, jangan risaulah, ini baru permulaan.. yang penting korang dah usaha. Rheia juga nak ucap tahniah kat adik Rheia sebab dapat result cemerlang.. Okay, Sayonara!

*habis idea dah*

Homemade Cheese

Assalamu'alaikum...
Hi
/hihi
Selamat petang kepada semua yang sudi menjenguk blog Rheia yang tak seberapa ni..

Macam yang korang semua dah baca tajuk entri kat atas tu, hari ni Rheia nak kongsi cara-cara membuat keju (cheese) kat rumah.


Cara2 nak buat homemade cheese ni Rheia dapat daripada majalah masakan yang Rheia baca pada Hari Raya lepas. Nama majalah tu ialah "Sedap".. Hmmmmmm... Memang sedap2lah resepi2 yang ada dalam majalah tu. Walaa!! Rheia yakin mesti ada di antara yang "menjenguk" blog Rheia ni pernah baca ataupun nampak majalah ni kan??? :) Majalah ni menyediakan ruang untuk pembaca2 diorang berkongsi resepi dan resepi untuk membuat keju ni telah dikongsi oleh pembaca bertuah majalah tersebut iaitu Puan Ayu Nasir (maaf sebab gunakan nama puan kat sini)..

Okay semua.. Sediakan pen dan kertas.. hehe.. Kalau tak ada, boleh simpan dalam processor otak masing2.. ^_^

Bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan ialah:
  • 1 liter susu segar
  • 3 sudu besar cuka atau 3 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu besar air sejuk
  • sedikit garam
  • sehelai kain muslin
Cara-cara membuatnya:
  1. Tuang susu dan cuka atau jus lemon ke dalam periuk di atas api perlahan.
  2. Kacau sehingga medidih selama 8 ke 10 minit. jangan berhenti kacau supaya susu tidak hangus. Tutup api dan terus kacau sehingga susu berketul dan cebisan keju terbentuk.
  3. Tapis ke dalam kain muslin.
  4. Perah sampai semua cecair keluar dan keju jadi kering.
  5. Buka kain muslin dan tabur sedikit garam. Kemudian, gaul sehingga sekata.
  6. Perah sekali lagi sehingga keju berul-betul kering. Jangan keluarkan lagi keju dari dalam kain muslin.
  7. Letak dan tekan keju dalam kain muslin ke dalam bekas acuan sama ada segiempat ataupun bulat.
  8. Sejukkan dulu di dalam peti ais selama 2 jam. Kemudian, potong dan boleh dimakan bersama roti, kek dan biskut.
Pesanan daripada Puan Ayu Nasir, keju ni boleh juga digunakan dalam masakan pizza, kek keju, spageti dan sebagainya. Perlu diingat untuk menyimpan keju di dalam peti ais agar keju tidak rosak.

 

Tambah Pengetahuan Anda!
Cuka dan jus lemon adalah sejenis asid. Asid akan memecahkan molekul-molekul protein yang terkandung di dalam susu menjadi asid amino

Selesai sudah perkongsian Rheia untuk malam ni.. Korang semua bolehlah dapatkan info tambahan tentang keju di google..
:D
Rheia ucapkan selamat mencuba!!

Nak kulit cantik cuba Tips ni..

*habis idea dah*

Thursday, December 20, 2012

Kebosanan..

Seriously Rheia memang tengah bosan sekarang (takda orang pedulipun)... haha.. Bosan2 macam ni baca Quran jap.. Lepas tu dengar musik pula.. Ada satu lagu ni Rheia asyik teringat je beat dia sejak dengar sorang kawan Rheia nyanyi lagu tu minggu2 yang lepas..


Maroon 5 - I won't go home without you

Biasanya bila dengar lagu2 macam ni mesti orang ingat yang kita ni tengah dilamun cinta atau putus cinta... Tapi, tak semestinya dengar lagu2 jiwang sebab kita ni tengah angau kan3?? Rheia minat lagu tu berdasarkan rentak dan lirik lagu... walaupun takda kaitan pun dengan feeling Rheia masa tu.. /hmm 

Apa2pun, Rheia ucapkan selamat malam kepada korang2 yang tengah ber'blogwalking' sekarang ni..

Assalamu'alaikum.. ^_^

*habis idea dah*

Penang (Part 2)

Assalamu'alaikum..
Selamat malam... Wan an.. Hihihi...

Rheia dah hampir terlupa nak sambung cerita pasal trip Rheia dan kawan2 kat Penang... haisy... Rheia ni pelupalah... 

Rheia pun tak nak cerita panjang2 sangat.. Dipendekkan cerita untuk hari pertama, Rheia dengan kawan2 jalan2 kat Fort Cornwallis di Padang Kota Lama,  Batu Ferringhi dan kawasan2 sekitarnya.. Malam hari tu pulak kami round2 bandar iaitu di sekitar tempat kami menginap.. Di sini Rheia juga nak recommend kalau2 korang nak bermalam di negeri Pulau Pinang ni bolehlah menginap kat SEAMEO RECSAM Internatinal House. Harga memang sangat2 berpatutan. Swimming pool, kafeteria, hall dan lain2.. Bilik pun bersih (termasuk toilet sekali) hihihi... Kalau nak dapatkan lebih info tentang SEAMEO RECSAM Internatinal House, sila2lah klik di SINI...

Rheia tangkap gambar ni masa tengah skodeng orang yang tengah happy duduk atas batu... Pemandangan matahari terbenam yang memukau...


Nanti ada sambungannya lagi.... :P

*habis idea dah*

Wednesday, December 19, 2012

Good Morning

Assalamu'alaikum.. Hai3..

Pagi yang indah.. semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Lepas saja buat kerja rumah di awal pagi Rheia terus buka laptop. Yeah!! Semangat Rheia hari ni sebab adik Rheia yang nombor 2 (Rheia ada 4 orang adik) nak ambik result PMR dia hari ni.. ^_^ Rheia pula yang rasa nervous semacam.. Teringat pula masa Rheia ambik result PMR dulu.. dapat tahu jak result, Rheia call papa dan mama.. Alhamdulillah keputusan yang cemerlang..

Okay, Rheia nak sarapan dengan family dulu..

Minum Ipoh White Coffee pagi2 memang UmpHh!!!

Bon appetit!! ^_^

*habis idea dah*

Tuesday, December 18, 2012

Penang (Part 1)

Assalamu'alaikum.. selamat petang semua..

Huh.. Rheia baru lepas masak kuih untuk minum petang dan bersihkan kawasan rumah tadi.. Maklumlah cuti panjang kenalah isi dengan perkara berfaedah kan. :-)

Tengah rehat2 ni, Rheia teringat trip Rheia bersama2 dengan classmates ke Penang masa study week semester ni. Haha.. Orang busy study, kitaorang busy melancong pulak. ^_~ wink2..

Oleh sebab 5 orang rakan2 Rheia tak mahu ikut masa tu (sebab diorang nak study), so kitaorang semua 12 orang saja yang pergi. Kitaorang buat trip 2 hari 1 malam dan transport pula kitaorang sewa 2 buah kereta viva.

Hari Pertama,
Kampus kitaorang memang strict, keluar pun tak boleh sesuka hati. Untuk mengelakkan daripada ditahan masa lalu pondok pengawal kami pun sepakat untuk bertolak pada pukul 6 pagi (sebab masa tu masih gelap lagi). Dah lepas guard kat pondok pengawal tu, Rheia dan kawan2 rasa lega sikit, then kami pun pergilah stesen minyak.. Beli makanan sikit, lepas tu off we go menuju ke destinasi dengan hati yang riang. Weeee!!! Sedang kitaorang bergembira (macam kanak2 ribena), tutor kitaorang tiba2 call kawan Rheia (Ketua Unit sem ni). KU terpaksalah tipu tutor sebab kitaorang sepatutnya ada kat dalam kampus masa tu :-D..

Dah sampai Seberang Perai.. Then toll kedua kami jumpa sepanjang perjalanan, dah lepas, sampailah jambatan Pulau Pinang.. Kat sebelah kiri Rheia masa tu boleh nampak jambatan Pulau Pinang yang kedua masih dalam pembinaan. Rheia sempat lagi kirim mesej kat senior JPP kat kampus lain (Kampus Pulau Pinang) yang Rheia sampai penang. Oleh kerana seorang pun daripada kitaorang ni tak tahu jalan so masing2 buka GPS.. Jalan punya jalan.. Akhirnya, kereta yang Rheia ikut terpisah dengan kereta kawan2 Rheia yang lain. Malangnya, driver tersalah ambik jalan terus naik jambatan Pulau Pinang untuk kali ke-2. Kena bayar toll lagi. Haisy... Padan muka! Untunglah kereta yang lagi satu tak sesat, diorang dah pun sampai kat destinasi pertama kami. Lepas patah balik tu, Rheia pun minta tolong dengan senior yang Rheia mesej tadi untuk jadi 'Tour Guide' kami yang tak berbayar.. Dia pun setuju.

masa kat atas Jambatan Pulau Pinang...
To be continue...

*habis idea dah*

Sunday, December 16, 2012

Tips Kulit Cantik

Selamat malam semua... 

Rheia baru saja nak berjinak-jinak dengan dunia blogging ni,. Untuk entri pertama, Rheia nak kongsi satu rahsia dengan korang.. Mesti korang tertanya-tanya apa yang Rheia nak kongsi kan? Ahah... Jeng2.. Rheia nak kongsi pasal kebaikan aloe vera!


Aloe vera ataupun kebiasaannya yang kita panggil sebagai lidah buaya.. Dalam hati mesti semua kata macam ni kan, "alaa, dah tau dah kebaikan dia".. hehe.. Okay, Rheia nak bagitau apa yang korang fikir dan dah tau tu memang tepat sekali.

Eh! Kenapa nak kongsi pasal lidah buaya pulak ni? Sebenarnya Rheia dah banyak baca review pasal produk2 yang ada kat pasaran tu.. Huh! Sekali sekala buatlah review pasal 'produk2' yang korang boleh dapat kat rumah sendiri..

Sambung cerita balik.. Aloe Vera ni memang baik untuk kulit kita. Selain daripada pengalaman Rheia sendiri yang mengamalkan penggunaan aloe vera ni tiap-tiap hari, Rheia juga nak bagitau yang aloe vera ni merupakan rahsia kejelitaan Ratu Cleopatra sendiri! Alaa, permaisuri yang cantik tu.. daripada info yang Rheia baca, Ratu Cleopatra ni mengalami sedikit masalah pada kulit (mungkin jerawat kot) semasa zaman remaja. Tapi, lepas mengamalkan penggunaan aloe vera, Ratu Cleopatra ni menjadi wanita yang paling cantik pada zamannya tau. Sehingga Julius Ceasar pun jatuh hati kat Ratu Cleopatra. Selain untuk kulit, Ratu Cleopatra juga menggunakan aloe vera paada rambutnya agar lebat, cantik dan berkilat. 

Okay, cukup berceloteh tentang sejarah.. pasal pengalaman Rheia pulak, dulu Rheia ni jenis yang suka sangat picit jera**t.. :P (tapi sekarang tak buat dah k) dan bila dah picit tu mestilah kulit tu luka kan..? Hah... Rheia pakai je lendir-lendir aloe vera tu kat muka, esok luka tu dah kering. Hari keempat pasti dah sembuh sepenuhnya.. paling penting, kulit muka pun jadi tegang dan nampak lebih bermaya.. Lepas guna aloe vera ni, Rheia tak rasa risau lagi pasal kulit muka Rheia. Yeah! Go nature! Jadi untuk sesiapa yang nak cuba amalkan petua ni, rasa gatal-gatal kat muka masa sapu lendir tu memang ada dan bau aloe vera ni pun kurang menyenangkan sikit. Tapi hasilnya pasti memuaskan hati korang. ^_^ Satu lagi pesan daripada Rheia sebelum nak sapu lendir kat muka tu, cuci muka sehingga bersih dan paling penting pastikan tangan yang korang nak guna untuk sapu tu bersih.. Ingat tau... :)

Korang juga boleh dapatkan info tambahan tentang aloe vera di SINI atau yang NI ... lebih senang lagi cari kat google.. macam2 ada :-)

Itu saja yang Rheia nak kongsi buat korang semua hari ni.. Cuti sekolah ni pastikan korang isi dengan perkara2 yang berfaedah.. Selamat bercuti semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...