Sunday, December 16, 2012

Tips Kulit Cantik

Selamat malam semua... 

Rheia baru saja nak berjinak-jinak dengan dunia blogging ni,. Untuk entri pertama, Rheia nak kongsi satu rahsia dengan korang.. Mesti korang tertanya-tanya apa yang Rheia nak kongsi kan? Ahah... Jeng2.. Rheia nak kongsi pasal kebaikan aloe vera!


Aloe vera ataupun kebiasaannya yang kita panggil sebagai lidah buaya.. Dalam hati mesti semua kata macam ni kan, "alaa, dah tau dah kebaikan dia".. hehe.. Okay, Rheia nak bagitau apa yang korang fikir dan dah tau tu memang tepat sekali.

Eh! Kenapa nak kongsi pasal lidah buaya pulak ni? Sebenarnya Rheia dah banyak baca review pasal produk2 yang ada kat pasaran tu.. Huh! Sekali sekala buatlah review pasal 'produk2' yang korang boleh dapat kat rumah sendiri..

Sambung cerita balik.. Aloe Vera ni memang baik untuk kulit kita. Selain daripada pengalaman Rheia sendiri yang mengamalkan penggunaan aloe vera ni tiap-tiap hari, Rheia juga nak bagitau yang aloe vera ni merupakan rahsia kejelitaan Ratu Cleopatra sendiri! Alaa, permaisuri yang cantik tu.. daripada info yang Rheia baca, Ratu Cleopatra ni mengalami sedikit masalah pada kulit (mungkin jerawat kot) semasa zaman remaja. Tapi, lepas mengamalkan penggunaan aloe vera, Ratu Cleopatra ni menjadi wanita yang paling cantik pada zamannya tau. Sehingga Julius Ceasar pun jatuh hati kat Ratu Cleopatra. Selain untuk kulit, Ratu Cleopatra juga menggunakan aloe vera paada rambutnya agar lebat, cantik dan berkilat. 

Okay, cukup berceloteh tentang sejarah.. pasal pengalaman Rheia pulak, dulu Rheia ni jenis yang suka sangat picit jera**t.. :P (tapi sekarang tak buat dah k) dan bila dah picit tu mestilah kulit tu luka kan..? Hah... Rheia pakai je lendir-lendir aloe vera tu kat muka, esok luka tu dah kering. Hari keempat pasti dah sembuh sepenuhnya.. paling penting, kulit muka pun jadi tegang dan nampak lebih bermaya.. Lepas guna aloe vera ni, Rheia tak rasa risau lagi pasal kulit muka Rheia. Yeah! Go nature! Jadi untuk sesiapa yang nak cuba amalkan petua ni, rasa gatal-gatal kat muka masa sapu lendir tu memang ada dan bau aloe vera ni pun kurang menyenangkan sikit. Tapi hasilnya pasti memuaskan hati korang. ^_^ Satu lagi pesan daripada Rheia sebelum nak sapu lendir kat muka tu, cuci muka sehingga bersih dan paling penting pastikan tangan yang korang nak guna untuk sapu tu bersih.. Ingat tau... :)

Korang juga boleh dapatkan info tambahan tentang aloe vera di SINI atau yang NI ... lebih senang lagi cari kat google.. macam2 ada :-)

Itu saja yang Rheia nak kongsi buat korang semua hari ni.. Cuti sekolah ni pastikan korang isi dengan perkara2 yang berfaedah.. Selamat bercuti semua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...