Friday, December 21, 2012

Homemade Cheese

Assalamu'alaikum...
Hi
/hihi
Selamat petang kepada semua yang sudi menjenguk blog Rheia yang tak seberapa ni..

Macam yang korang semua dah baca tajuk entri kat atas tu, hari ni Rheia nak kongsi cara-cara membuat keju (cheese) kat rumah.


Cara2 nak buat homemade cheese ni Rheia dapat daripada majalah masakan yang Rheia baca pada Hari Raya lepas. Nama majalah tu ialah "Sedap".. Hmmmmmm... Memang sedap2lah resepi2 yang ada dalam majalah tu. Walaa!! Rheia yakin mesti ada di antara yang "menjenguk" blog Rheia ni pernah baca ataupun nampak majalah ni kan??? :) Majalah ni menyediakan ruang untuk pembaca2 diorang berkongsi resepi dan resepi untuk membuat keju ni telah dikongsi oleh pembaca bertuah majalah tersebut iaitu Puan Ayu Nasir (maaf sebab gunakan nama puan kat sini)..

Okay semua.. Sediakan pen dan kertas.. hehe.. Kalau tak ada, boleh simpan dalam processor otak masing2.. ^_^

Bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan ialah:
  • 1 liter susu segar
  • 3 sudu besar cuka atau 3 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu besar air sejuk
  • sedikit garam
  • sehelai kain muslin
Cara-cara membuatnya:
  1. Tuang susu dan cuka atau jus lemon ke dalam periuk di atas api perlahan.
  2. Kacau sehingga medidih selama 8 ke 10 minit. jangan berhenti kacau supaya susu tidak hangus. Tutup api dan terus kacau sehingga susu berketul dan cebisan keju terbentuk.
  3. Tapis ke dalam kain muslin.
  4. Perah sampai semua cecair keluar dan keju jadi kering.
  5. Buka kain muslin dan tabur sedikit garam. Kemudian, gaul sehingga sekata.
  6. Perah sekali lagi sehingga keju berul-betul kering. Jangan keluarkan lagi keju dari dalam kain muslin.
  7. Letak dan tekan keju dalam kain muslin ke dalam bekas acuan sama ada segiempat ataupun bulat.
  8. Sejukkan dulu di dalam peti ais selama 2 jam. Kemudian, potong dan boleh dimakan bersama roti, kek dan biskut.
Pesanan daripada Puan Ayu Nasir, keju ni boleh juga digunakan dalam masakan pizza, kek keju, spageti dan sebagainya. Perlu diingat untuk menyimpan keju di dalam peti ais agar keju tidak rosak.

 

Tambah Pengetahuan Anda!
Cuka dan jus lemon adalah sejenis asid. Asid akan memecahkan molekul-molekul protein yang terkandung di dalam susu menjadi asid amino

Selesai sudah perkongsian Rheia untuk malam ni.. Korang semua bolehlah dapatkan info tambahan tentang keju di google..
:D
Rheia ucapkan selamat mencuba!!

Nak kulit cantik cuba Tips ni..

*habis idea dah*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...