Tuesday, December 18, 2012

Penang (Part 1)

Assalamu'alaikum.. selamat petang semua..

Huh.. Rheia baru lepas masak kuih untuk minum petang dan bersihkan kawasan rumah tadi.. Maklumlah cuti panjang kenalah isi dengan perkara berfaedah kan. :-)

Tengah rehat2 ni, Rheia teringat trip Rheia bersama2 dengan classmates ke Penang masa study week semester ni. Haha.. Orang busy study, kitaorang busy melancong pulak. ^_~ wink2..

Oleh sebab 5 orang rakan2 Rheia tak mahu ikut masa tu (sebab diorang nak study), so kitaorang semua 12 orang saja yang pergi. Kitaorang buat trip 2 hari 1 malam dan transport pula kitaorang sewa 2 buah kereta viva.

Hari Pertama,
Kampus kitaorang memang strict, keluar pun tak boleh sesuka hati. Untuk mengelakkan daripada ditahan masa lalu pondok pengawal kami pun sepakat untuk bertolak pada pukul 6 pagi (sebab masa tu masih gelap lagi). Dah lepas guard kat pondok pengawal tu, Rheia dan kawan2 rasa lega sikit, then kami pun pergilah stesen minyak.. Beli makanan sikit, lepas tu off we go menuju ke destinasi dengan hati yang riang. Weeee!!! Sedang kitaorang bergembira (macam kanak2 ribena), tutor kitaorang tiba2 call kawan Rheia (Ketua Unit sem ni). KU terpaksalah tipu tutor sebab kitaorang sepatutnya ada kat dalam kampus masa tu :-D..

Dah sampai Seberang Perai.. Then toll kedua kami jumpa sepanjang perjalanan, dah lepas, sampailah jambatan Pulau Pinang.. Kat sebelah kiri Rheia masa tu boleh nampak jambatan Pulau Pinang yang kedua masih dalam pembinaan. Rheia sempat lagi kirim mesej kat senior JPP kat kampus lain (Kampus Pulau Pinang) yang Rheia sampai penang. Oleh kerana seorang pun daripada kitaorang ni tak tahu jalan so masing2 buka GPS.. Jalan punya jalan.. Akhirnya, kereta yang Rheia ikut terpisah dengan kereta kawan2 Rheia yang lain. Malangnya, driver tersalah ambik jalan terus naik jambatan Pulau Pinang untuk kali ke-2. Kena bayar toll lagi. Haisy... Padan muka! Untunglah kereta yang lagi satu tak sesat, diorang dah pun sampai kat destinasi pertama kami. Lepas patah balik tu, Rheia pun minta tolong dengan senior yang Rheia mesej tadi untuk jadi 'Tour Guide' kami yang tak berbayar.. Dia pun setuju.

masa kat atas Jambatan Pulau Pinang...
To be continue...

*habis idea dah*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...